KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Proton Holdings Bhd akan memperkenalkan sebuah kereta konsep, hasil usaha sama kreatif dengan Italdesign Giugiaro, pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa ke-80 di Geneva pada 2 Mac, 2010.

Pengarah urusan kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata kerja sama itu adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang kumpulan itu untuk mencapai standard automotif global dan mengembangkan kehadirannya di seluruh dunia.

Italdesign Giugiaro adalah syarikat perkhidmatan bebas yang menyediakan sokongan reka bentuk, kejuruteraan dan sokongan lain untuk menghasilkan produk baharu.

Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka melancarkan kereta konsep proton pada pertunjukan itu, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

“Casis yang direka khas mempunyai lantai tinggi yang boleh memuatkan enjin konvensyenal serta bateri sistem hybrid di bahagian belakang,” katanya.

Syed Zainal Abidin berkata kereta konsep itu direka untuk memaksimakan ruang sambil mengekalkan konsep kereta kompak.

– BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment



Followers

Kotak Jerit!!!!


ShoutMix chat widget